Friday, 17 January 2014

membaca jambatan ilmu....

day 8
Assalamualaikum wrt...salam pembuka kata..sebelum terlambat azwa nak ucapkan selamat menyambut maulidur rasul 1435H yang baru saja kita raikan beberapa hari yang lepas...mcm biasa sekolah2 di malaysia mmg sibuk sangat membuat persiapan untuk menyambut dan berarak..menyediakan sepanduk untuk pertandingan...wahhhhh..seronok dan sememangnya terharu dengan semangat yang anak2 muda tunjukan.semoga hidup kalian sentiasa dipelihara dari gejala2 yang tidak siaht...aminnn.
okay...berbalik pada tajuk entry kali ini..terus terang azwa katakan azwa bukanlah seorang yang gemar membaca...namun azwa seorang yang gemar membaca  novel...novel yang azwa suka adalah karangan novelis terkenal iaitu ahadiat akashah...pasti ramai yang mengenali beliau kan...hmmmm....selain itu azwa suka juga membaca buku2 yang ditulis oleh guru2 agama yang menambah pengetahuan azwa tentang agama islam memandangkan azwa seorang muallaf...alhamdulillah dengan membaca buku demikian azwa lebih banyak memahami dan mengetahui sedikit sebanyak ilmu tentang agama....
begitulah hidup ini..sentiasa belajar dan terus belajar untuk menambah ilmu didada.ini kerana tanpa pengetahuan dan ilmu..kita tak akan kemana...teruskan amalan membaca dan semoga ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan untuk kebaikan....sekian  untuk entry kali ini...teruskan menyokong perniagaan shaklee azwa...dengan mengelike fanpage www.facebook.com/familyprecioushealth....terima kasih...wassallam

No comments:

Post a Comment